TERKINI : PH Mahu ‘Diamkan’ Saya – Tok Mad

PRK RANTAU – Mengakhiri kempen hari kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan Pakatan Harapan (PH) berusaha keras untuk memastikan calon mereka menang di Rantau.

Malah katanya, ia sebagai usaha untuk memusnahkan karier politik beliau, sekaligus mendiamkan dirinya daripada terus mengkritik kerajaan khususnya kerajaan Negeri Sembilan.

“Mereka memang nak menang di Rantau dan mereka nak memberhentikan momentum kebangkitan UMNO dan BN.

“Dan di Rantau, saya adalah individu yang patut didiamkan, kalau dia ‘hidup’ BN akan tentang kita,” katanya dalam majlis mesra bersama calon BN di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, sebentar tadi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast