Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan sejak semalam.

Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak mengesahkan perkara itu.

Abdul Hadi, 72, telah dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.

Ahli Parlimen Marang itu pernah menjalani pembedahan menggantikan injap jantung di IJN pada 16 Mei 2017.

Pembedahan itu berikutan peningkatan simptom akibat injap jantung beliau yang rosak hingga menyebabkan aktiviti hariannya semakin terjejas. – MalaysiaGazette