Mohmad Hasan
Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di BN Command Centre, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 02 APRIL 2019

SEREMBAN – Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak akan menuruti desakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mencabar supaya mengisytiharkan harta.

Bagi Mohamad, tidak ada keperluan untuk berbuat demikan kerana beliau bukan lagi Menteri Besar.

“Saya tidak nampak relevannya pengisytiharan harta dengan PRK ini. Apa yang hendak dibuktikan. Tapi bagi pihak sana pengisytiharan harta itu perlu kerana mereka sudah jadi kerajaan.

“Macam Saifuddin Nasution itu perlu. Tapi Streram kalau nak isytihar harta dia tak apalah. Tapi untuk apa. Tiada ada apa-apa keperluan pun,” katanya lagi.

Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendesak agar Mohamad melalukan pengisytiharan harta sama seperti calon PH, Dr S. Stream.

Katanya, kerajaan kepimpinan Pakatan Harapan termasuk di Negeri Sembilan mengamalkan pentadbiran berkebajikan rakyat tanpa berkompromi dengan pemimpin amalan berasuah.

“Siapa tahu harta Mat Hasan sebanyak mana? Dr Streram pun sudah isytihar harta. Paling mudah nak rakyat pilih kita ialah tunjukkan harta,” katanya di Bilik Gerakan Utama PH , Taman Reka, Rantau, semalam. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/02/siapa-tahu-sebanyak-mana-harta-tok-mat-soal-saifuddin/