KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, laporan sebuah laporan akhbar Tamil berhubung tiada peluang kerja bagi penduduk India dalam sektor pendidikan dan calon kaum itu dipinggirkan adalah tidak benar dan tidak berasas.

Laporan itu disiarkan oleh Malaysia Namban pada 31 Mac lalu.

Menurutnya, urusan pengambilan kakitangan sektor pendidikan tidak diuruskan oleh kementerian itu tetapi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelaajaran (SPP) selaku pihak berkuasa melantik.

Dari segi keperluan pengambilan yang dikemukakan kepada SPP, KPM tidak pernah menetapkan sebarang syarat pengisian jawatan berasaskan diskriminasi kepada mana-mana kaum, kepercayaan atau jantina.

Malah, SPP telah melaksanakan proses pengambilan secara profesional dan penuh integriti berdasarkan merit kelayakan seseorang calon.

KPM dan SPP tidak meminggirkan mana-mana kaum kerana sektor pendidikan merupakan bidang yang memerlukan penglibatan semua rakyat Malaysia yang berkelayakan tanpa mengira kaum dan agama bagi menyediakan pendidikan berkualiti.

Tambah KPM. Malaysia Namban sebagai akhbar yang bertanggungjawab tidak sewajarnya menyiarkan laporan yang tidak berasas tanpa menyemak fakta dan maklumat yang betul.

Jelas KPM, siasaran laporan yang tidak benar boleh menimbulkan salah tanggapan dan persepsi negatif terhadapnya dan SPP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast