KUALA LUMPUR – Secara amnya, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan layak untuk menerima Batuan Sara Hidup (BSH).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, BSH merupakan salah satu bantuan bersasar bagi golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.
Di samping itu, membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat.
Pendekatan BSH selaras dengan keprihatinan Kerajaan untuk menyasarkan bantuan hanya kepada golongan yang layak menerimanya, iaitu golongan yang amat perlukan bantuan bagi menghadapi kos sara hidup.
Beliau menjawab soalan P. Prabakaran (PH-Batu) yang bertanya kelayakan BSH jika kos pendapatan isi rumah melebihi RM4000 sebulan tetapi mempunyai nilai tanggungan yang tinggi seperti mempunyai anak yang ramai atau mempunyai tanggungan yang mengidap sakit kronik.
“Kerajaan akan memastikan semua bantuan kerajaan adalah berkesan dan menepati kumpulan sasar yang ditetapkan terutamanya golongan B40,” ujarnya, – MalaysiaGazette















