Perkhidmatan ride-hailing, Gojek

JAKARTA- Aplikasi ride-hailing Go-Jek menjadi syarikat pertama Indonesia yang mencapai taraf decacorn (nilai melebihi AS$10 bilion), demikian menurut institute penyelidikan CB Insight dalam laporannya, Global Unicorn Club.

CB Insight yang meletakkan Go-Jek di kedudukan ke-19 di bawah pesaingnya, Grab yang mencatatkan nilai AS$11 bilion.

Uber masih berada di tangga teratas dengan nilai keseluruhan AS$72 bilion.

Go-Jek yang diasaskan oleh Nadiem Makarim mendapat suntikan modal daripada pelbagai syarikat termasuk Google, Tencent Holdings, Temasek Holdings, Astra International dan Meituan Dianping.

Syarikat tersebut dilaporkan berjaya mengumpul suntikan modal sebanyak AS$1.5 bilion daripada pelbagai pelabur pada 2018 dan AS$1 bilion pada suku pertama 2019.

Dengan modal tersebut, Go-Jek berkembang ke beberapa buah negara di Asia Tenggara dan mengoptimumkan penggunaan pembayaran digital, Go-Pay.

CB Insight turut menyenaraikan dua lagi syarikat start-up tempatan dalam kumpulan unicorn seperti Tokopedia dan Traveloka dengan penilaian masing-masing sebanyak AS$7 bilion dan AS$2 bilion. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast