Ruslin Jusoh.

KUALA LUMPUR- Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

JPN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Ruslin, 50, yang berpengalaman selama 24 tahun dalam perkhidmatan awam akan menggantikan Datuk Mohammad Razin Abdullah, yang bersara wajib.

“Ruslin sudah berkhidmat dalam sektor awam selama 24 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.

“Pada masa sama, JPN ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohammad Razin atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette