TERKINI : Batal Rombongan Sebab Nak Undi Tok Mat #PRK Rantau

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak risau akan pengundi di kubu kuat beliau di Pusat Daerah Mengundi Seliau, kerana yakin pengundi disitu akan tetap mengundi beliau.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata beliau tidak perlu untuk berkempen di PDM Seliau yang rata-ratanya adalah saudara beliau di Rantau.