Pascal Fauret (kanan) dan Bruno Odos. foto Agensi

PARIS – Dua bekas juruterbang tentera udara dijatuhi hukuman enam tahun penjara oleh sebuah Mahkamah Perancis selepas 26 beg mengandungi kokain ditemui dalam pesawat mereka di Republik Dominican.

Kedua-dua warga Perancis, Pascal Fauret dan Bruno Odos, melarikan diri dari negara itu selepas serbuan tersebut tetapi berjaya ditangkap semula.

Lima orang lagi juga telah dijatuhi hukuman kerana turut bersubahat.

Ringleader Ali Bouchareb telah dihukum 18 tahun penjara dan Frank Colin dikenakan 12 tahun penjara.

Dua lagi dibebaskan selepas dibicarakan selama tujuh minggu.

Kes itu, yang digelar “Air Cocaine” dilaporkan pada bulan Mac 2013 apabila polis di sebuah resort pantai Dominican Punta Cana membuka beg-beg dalam pesawat Falcon untuk siasatan dadah seberat 680 kilogram.

Ketika itu, pesawat itu sudah hendak berlepas ke Saint-Tropez di selatan Perancis.

Dua juruterbang dan dua penumpang ditangkap.

Tetapi ketika diikat jamin, Fauret dan Odos melarikan diri dari negara itu. Mereka ditangkap semula pada bulan November 2015 apabila kembali ke Perancis.

Keempat-empat mereka menafikan tahu beg-beg tersebut diisi dengan dadah.

Namun, hakim memutuskan mereka bertanggungjawab apa yang dibawa di dalam pesawat dan menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara walaupun dua juruterbang itu melarikan diri. – MalaysiaGazette