Lakaran artis kediaman Elsa yang dibangunkan oleh Sime Darby property.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property berjaya menjual kesemua 165 unit kediaman Elsa pada hari pelancarannya.

Elsa merupakan kediaman dua tingkat berangkai dengan pegangan bebas, seluas 20’ x 65’ yang terletak di Bandar Bukit Raja Klang.

Projek dalam kategori Rumah Mampu Milik itu dijual pada harga di bawah RM500,000.

Ketua Pemasaran dan Pegawai Jualan Sime Darby Property, Grard Yuen berkata, prestasi itu merupakan permulaan cemerlang bagi koleksi mampu milik syarikat itu.

“Permintaan kukuh untuk Elsa membuktikan pasaran memerlukan kualiti produk di lokasi yang baik pada harga yang betul,” katanya.

Elsa adalah produk kelima di bawah Kempen Primetime 8 Sime Darby Property.

Primetime 8 bermula pada Mac tahun ini dan akan melancarkan lapan produk baharu dalam beberapa minggu lagi, sebelum ia berakhir pada hujung bulan ini.

Ia memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli kediaman di Lembah Kelang dan Johor. – MalaysiaGazette