selawat
Iklan Sepang Berselawat oleh Majlis Perbandaran Sepang yang akan berlangsung malam ini

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menjemput orang ramai hadir ke Persembahan Malam Light and Sound Sepang Berselawat 2019, malam ini, yang akan berlangsung di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Dalam satu kenyataan MPS memaklumkan, program berkenaan diadakan sempena sambutan Israk Mikraj yang disambut umat Islam, baru-baru ini.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program antaranya Qasidah, ‘Choral Speaking’ dari pelajar Sekolah Islam Hati Murni; Perarakan Maulid; bacaan ayat suci al-Quran dan solat Asar berjemaah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pada sebelah malam pula diadakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, persembahan Light and Sound, persembahan nasyid oleh Lah Ahmad serta ceramah daripada beberapa barisan pendakwah. – MalaysiaGazette