Saturday, April 20, 2024
Home Utama Status 4 ahli akademik akan dibincangkan

Status 4 ahli akademik akan dibincangkan

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung perjanjian antarabangsa Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching bagaimanapun berkata, ketika ini pihaknya belum membincangkan perkara tersebut.

“Beri kita sedikit masa untuk bincang perkara itu,” katanya kepada pihak media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu.

Asheeq Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui oleh masyarakat, selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.

Rumusan itu dilakukan oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad dan Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz.

Selain itu, dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi turut terlibat dalam kajian tersebut. – MalaysiaGazette