Malar
Calon Bebas, R. Malar meninjau pada pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pengkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019.

SENDAYAN – Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, R Malar sempat hadir di pusat pengundian awal di Dewan Angkasa Raya, Pangkalan Udara (TUDM) Sendayan.

Malar yang hadir lima minit sebelum pusat undian awal ditutup berkata, beliau sangat gembira dengan perjalanan proses pengundian hari ini.

“Semuanya berjalan lancar lancar, saya gembira, sempat juga saya datang sebelum pusat pengundian ditutup,” katanya ketika ditemui di Dewan Angkasa Raya, hari ini.

Bagaimanapun beliau hanya hadir lebih kurang seminit dengan memeriksa peti undi dan bersalaman dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala calon bebas, Mohd Nor Yassin langsung tidak kelihatan dalam proses undian awal hari ini. – MalaysiaGazette