Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) ‘mempersilakan’ Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengambil tindakan terhadapnya yang mengkritik kerajaan meratifikasi Statut Rom.

“Sila. If i have to go down (Jika saya terpaksa turun) kerana mempertegakkan Constituition/Perlembagaan, Raja Raja Malayu, dan Islam. By all means (Dengan apa cara sekali pun)

“Anda tahu di mana untuk mencari saya,” kata Tunku Ismail Sultan Iskandar menerusi Twitter beliau.

Tunku Ismail berkata, seperti rakyat biasa, beliau berhak bertanya soalan dan memberi pendapat.

“I’m all yours. (Saya milik anda). Finish what you start. (Selesaikan apa yang anda mulakan).

Petang tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah atas kapasiti orang biasa.

Katanya, TMJ berhak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak berbaur hasutan atau berkemungkinan besar berdepan dengan tindakan undang-undang kerana dirinya tidak kebal.

“Dia boleh bercakap apa sahaja seperti orang biasa. Kita anggap dia sebagai orang biasa dan boleh kritik kerajaan seperti orang biasa.

“Dia boleh bercakap dan tidak melanggar undang-undang. Jika membuat kenyataan yang dianggap menghasut, kita akan ambil tindakan undang-undang. Dia tidak kebal undang-undang,” kata Dr Mahathir. – MalaysiaGazette

TMJ orang biasa, bukan kebal undang-undang – Tun M