TERKINI : Rundingan ECRL Malaysia China Akan Dimuktamadkan! – Azmin Ali

Proses rundingan di antara China dan Malaysia yang diketuai Tun Daim Zainuddin diharap mencapai keputusan muktamad dalam masa terdekat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia masih berada dalam proses rundingan dalam belum mencapai sebarang kesepakatan.

“Ia masih dalam proses rundingan yang mana Tun Daim mengetuai delegasi ke China untuk memuktamadkan butiran termasuklah mengurangkan kos pembinaan projek itu serta jajaran baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau di hadapan Pasar lama Taman Pasir Mas Rantau malam tadi.