Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Versi tepat mengenai laporan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2018 dijangka siap pada bulan Julai.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, LTAT akan mengadakan sidang akhbar pada hari Khamis ini untuk berkongsi maklumat yang didakwa terdapat percanggahan hingga mengakibatkan pengisytiharan dividen 2018 lewat diumumkan.

“Kami belum membuat keputusan,” kata Mohamad Sabu ketika ditemui di luar Dewan Rakyat.

Artikel berkaitan:Dividen LTAT lewat disebabkan pentadbiran lama

Kamu curi kamu tuduh Cina, kata Mat Sabu

Mat Sabu silap cakap, bukan laporan audit tetapi laporan kewangan LTAT

Tambahnya, laporan penuh akan dikeluarkan pada bulan Jun dan Julai, oleh sebab itu pengumuman dividen terpaksa ditangguhkan.

Ahad lalu, semasa mengadakan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, Mohamad berkata, Laporan Kewangan LTAT bagi tahun 2018 telah dimanipulasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast