Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada ceramah bossku bersama rakyat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, ramai yang memohon maaf kepadanya selepas Timbalan Menteri Kewangan membuat kenyataan bahawa berlian merah jambu tidak dibeli oleh isteri VVIP, yang juga seorang Ahli Parlimen.

“Apabila cerita itu keluar,  dalam Facebook berderet-deret orang minta maaf (kepada saya),” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata, pengesahan yang dibuat oleh Datuk Amiruddin Hamzah itu membuktikan rakyat di negara ini mudah percaya dan terpedaya dengan fitnah yang diperbesar-besarkan oleh Rafizi Ramli dan Tony Pua.

MGF09042019_KEMPEN NAJIB PRK RANTAU_07

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada ceramah bossku bersama rakyat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019

Isu pembelian pink diamond itu telah menjadi salah satu bahan kempen Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Semalam apa kita dengar di Dewan Rakyat, VVIP dan cincin berlian merah jambu yang selama ini difitnah tidak dibeli oleh sesiapa tapi masa PRU, tubuh badan ini (rujuk kepada Najib) dan isteri jadi bahan fitnah.

“Kita sudah cakap ada resit, ada transaksi masuk dan keluar, tapi orang lebih percaya Rafizi, Tony Pua.

“(Mereka) kata isteri saya beli berlian berjuta-juta padahal dia tak tahu, tengok sahaja sebab dalam pameran.

“Selepas Kuala Lumpur, (berlian) itu pergi Singapura, Hong Kong itu sahaja,” katanya di hadapan lebih 2,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dalam siri kempen ‘Bossku bersama rakyat’ di Kelab Sahabat N87 di Kampung Kanchong, Rantau, semalam.

MGF09042019_KEMPEN NAJIB PRK RANTAU_15

Antara gelagat sebahagian penduduk ketika mendengar ucapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ceramah bossku bersama rakyat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019

Najib berkata demikian memberikan respons terhadap kenyataan Amiruddin kelmarin yang mengakui cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP.

Amiruddin berkata, berlian itu telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya.

Menurut Najib, sebenarnya selepas PRU14, banyak pihak yang sebelum ini terpengaruh dengan fitnah kononnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berharga jutaan ringgit, tampil memohon maaf kepadanya.

Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, mereka berbuat demikian selepas terbukti cincin berlian merah jambu yang sebelum ini menimbulkan kontroversi tidak dibeli oleh Rosmah.

“Dia (Rosmah) duduk di rumah, tinggal dua minggu, benda itu sampai, dia tengok dan hantar balik.

“Rosmah tak tahu pun tapi ini pun orang percaya,” katanya.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/08/isteri-vvip-tidak-beli-berlian-merah-jambu/