TEHRAN – Langkah White House menyenaraikan pasukan tentera elit, Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai kumpulan pengganas adalah bukti Amerika Syarikat (AS) menyokong keganasan, namun ini tidak bermakna Iran akan menyerang tentera negara itu di Timur Tengah, kata seorang Ahli Parlimen.

Tindakan terbaharu Washington membabitkan IRGC sebagai organisasi pengganas asing dalam senarai Jabatan Negara ‘menunjukkan AS menyokong keganasan’, kata pengerusi jawatankuasa keselamatan nasional, Heshmatollah Falahatpisheh kepada RIA Novosti.

Para pemimpin Iran marah dengan tindakan Presiden Donald Trump itu yang mana ia merupakan julung kali AS melabel tentera asing sebagai kumpulan pengganas.

Presiden Hassan Rouhani berkata, AS sebenarmya ‘pemimpin pengganas dunia’.

Kerajaan beliau juga menamakan Pusat Pemerintah Tentera AS (CENTCOM) sebagai organisasi pengganas.

Langkah ini ‘bukannya pengisytiharan perang terhadap AS, jelas Falahatpisheh sambil menambah beliau tidak percaya konfrantasi antara Washington dan Tehran akan berlaku. – Agensi