Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang memantau keadaan Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor yang terbakar awal pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ciapannya di Twitter hari ini berkata, Petronas dan pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian kebakaran serta letupan yang berlaku di kompleks itu.

Berdasarkan maklumat polis katanya, dua individu menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Terdahulu, Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan letupan dan kebakaran berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira pukul 1.25 pagi tadi.

Katanya, pasukan kecemasan dan kebakaran digerakkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast