NEW DELHI – Jet Airways telah menggantung semua penerbangan antarabangsa, sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kelangsungan operasinya.

Syarikat itu menggantung 10 buah pesawatnya kerana tidak menjelaskan bayaran kepada firma yang kapal terbang.

Jet Airways perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 20 pesawat untuk meneruskan perkhidmatan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan itu kini menanggung lebih daripada AS$1 bilion hutang, sedang mendapatkan bantuan kewangan bagi mengelakkan ia bankrap.

Media-media India melaporkan Jet Airways telah membatalkan pesawat-pesawat antarabangsa termasuk ke Eropah dan Asia.

Malah, semua penerbangan antarabangsa yang dijadual berlepas dari New Delhi pada hari ini ke Singapura, London, Amsterdam dan Kathmandu dibatalkan.

Jet Airways adalah syarikat penerbangan persendirian terbesar di India.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ia telah menggantung dan membatalkan beribu-ribu penerbangan, sekali gus menjejaskan penumpang tempatan dan antarabangsa disebabkan masalah kewangan.

Ia memiliki lebih daripada 100 penerbangan dan terbang ke 600 dan 380 laluan domestik dan antarabangsa. – MalaysiaGazette