Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

PRK RANTAU – Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang memberitahu DAP adalah sebuah parti yang ekstrem kepada satu kaum sahaja.

Oleh yang demikian, parti itu telah mengambil pendirian untuk tidak terus menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Perkara itu diberitahu Abdul Hadi dalam pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon di Pejabat Pas di ibu negara semalam.

“Kami tidak boleh (bekerjasama) dengan DAP ini. Kenapa? Sebab ekstrem, terlalu fanatik kaum sangat tidak boleh.

“Tidak boleh untuk satu kaum satu bangsa sahaja. Baru memerintah Pulau Pinang sekangkang kera sudah tunjuk macam-macam,” katanya dalam Ceramah Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di tapak pasar malam Taman Angsana malam tadi.

Abdul Hadi turut berkata perkara sama turut dizahirkan dua kali kepada bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Beliau berkata demikan selepas mengadakan pertemuan dengan Gopala Menon selama sejam yang menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa, dan mengimbau pertemuannya bersama mendiang Kuan Yew sebelum ini.

Antara lain, Abdul Hadi turut berkongsi pandangan tentang konsep keadilan Islam dalam masyarakat majmuk dan pengalaman Pas mentadbir Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat perlu menolak kerajaan yang tidak bagus dalam menjalankan pentadbirannya.

“Dia nak ajar kita dan menengelamkan bahtera negara ini, kita kena tolak. Cukuplah memerintah negara tak sampai setahun, Pakatan Harapan telah menunjukkan pelbagai perkara-perkara (negatif).

“Melayu tak boleh jaga Tabung Haji menyalahkan orang dulu sebab apa orang dulu buat kamu buat apa,” katanya lagi. -MalaysiaGazette