Calon bebas, R. Malar datang seawal jam 640 pagi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua untuk membuang undi sempena PRK Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 APRIL 2019

PRK RANTAU – Mahu menjadi individu pertama membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, calon bebas R. Malar tiba seawal jam 6.40 pagi di di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua di sini.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, Malar yang duduk menunggu di luar pagar pusat mengundi memberitahu, beliau bangun pukul 5 pagi untuk memastikan misinya tercapai.

Bagaimanapun, menurut pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya di sini, pintu sekolah ini hanya akan dibuka jam 7.30 pagi.

“Hari ini adalah hari bersejarah untuk saya, saya pertama kali mengundi dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya di Malaysia dan saya datang awal serta mahu mengundi tepat jam 8 pagi nanti.

“Paling manis apabila suami saya yang sediakan sarapan pagi buat saya.

“Saya sangat bersemangat hari ini, ia menjadi hari yang istimewa buat saya,” ujarnya.

Malar antara 20,793 orang pengundi yang bakal memilih wakil rakyat bagi PRK DUN Rantau kali ini. – MalaysiaGazette