Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO bersama MIC, Makkal Sakti, KIMMA membuat laporan polis berhubung ceramah M. Kulasegaran yang penuh dengan kata-kata berbaur rasis, perkauman melampau dan fitnah.

Ceramah itu didakwa disampaikan oleh Naib Pengerusi DAP itu semasa kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kepada pengundi-pengundi India.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mendakwa Kulasegaran yang juga Menteri Sumber Manusia mengaitkan Raja Permaisuri Agong di dalam ceramah rasisnya.

“Ini ternyata menyerlahkan lagi sikap DAP yang jelas tidak menghormati kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu yang menaungi negara kita.

“Justeru kami dengan ini mendesak agar YB M Kulasegaran segera diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan kerana menghasut, menfitnah dan memainkan sentimen perkauman yang melampau,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette