Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berucap pada ceramah sepentas BN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Mambau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan faktor utama kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Kemenangan itu bukan mudah ketika Pakatan Harapan ‘menyerang’ BN dengan pelbagai isu.

“…PH menyerang semuanya kepada kita. Felda, TH, pink diamond, ECRL, serangan peribadi terhadap Tok Mat,” kata Khairy Jamalauddin menerusi Twitter.

Ketika keputusan secara berperingkat-peringkat diumumkan, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membayangkan Mohamad atau Tok Mad akan menang besar.

Berdasarkan kepada keputusan saluran, pengundi pelbagai kaum telah menyokong BN dan Mohamad.

“Keputusan itu lebih signifikan berbanding Cameron Highland dan Semenyih. Sudah tentu, ia disebabkan Tok Mat tetapi ia bermakna BN disokong di kawasan pelbagai kaum,” ujarnya. – MalaysiaGazette