Ada dalam kalangan pengundi menganggap pilihan raya kecil tidak penting.
Ada dalam kalangan pengundi menganggap pilihan raya kecil tidak penting.

PRK RANTAU – Peratusan keluar mengundi sebanyak 79.3 peratus di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau adalah yang tertinggi sekali gus memadam rekod pencapaian PRK DUN Semenyih pada 2 Mac lalu dengan catatan sebanyak 73.35 peratus.

PRK DUN Sungai Kandis sebelum ini hanya mencatat 49.4 peratus keluar mengundi diikuti Balakong (43 peratus) dan Seri Setia, 44 peratus.

PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merekodkan 58.3 peratus keluar mengundi manakala PRK Parlimen Cameron Highlands, 68.79 peratus.

Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu calon Barisan Nasional memperoleh 10,397 undi sekali gus menewaskan Dr S Streram (PH) mendapat 5,887 undi selepas kesemua 56 peti undi dikira.

Dua calon bebas turut bertanding iaitu R Malar yang memperoleh 83 undi manakala Mohd Nor Yassin pula 70 undi. – MalaysiaGazette