Amy Search

KUALA LUMPUR – Penyanyi Amy Search membuat kejutan kepada peminatnya di Indonesia apabila muncul dengan wajah berjambang dan bermisai.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi A. Rahman, 61, pada mulanya menyamar sebagai penonton menyaksikan persembahan busking di stesen MRT Hotel Indonesia (HI) di Jakarta.

Amy kemudiannya mencapai mikrofon dan menyanyikan lagu dari Albumnya Isabella selepas pemain gitar kumpulan busking memanggilnya ke hadapan.

Suasana meriah di MRT itu dapat digambarkam pada video tersebut yang dirakam semalam. – MalaysiaGazette