BANDAR SERI BEGAWAN – Tindakan Barat memboikot Brunei selepas pelaksanaan hukum hudud menyebabkan negara kaya dengan sumber minyak itu mungkin beralih kepada Asia terutamanya China.

Beijing telah lama berminat dengan Brunei terutama dalam usahanya untuk menjayakan perjanjian pembangunan bersama di zon ekonomi ekslusif (EEZ) yang menjadi kunci kepada peraiaran Laut China Selatan.

Felo ISEAS-Institut Yusof Ishak di Singapura, Mustafa Izzudin berkata, Brunei merupakan salah sebuah negara yang menuntut kawasan pertikaian tersebut namun pendekatan tidak menentu bakal memberi kelebihan kepada China.

“Brunei telah lama mengamalkan diplomasi imbang nilai dalam dasar luarnya.

“Bagaimanapun, semakin banyak kritikan daripada negara-negara barat termasuk memboikot mereka, Brunei dilihat akan beralih kepada Asia terutama China yang dengan bijaknya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negara berkenaan,” katanya.

Meskipun masih tiada perancangan konkrit yang dikemukakan Beijing namun percubaan untuk memeterai perjanjian dengan negara yang turut membuat tuntutan terhadap Laut China Selatan menunjukkan “bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk melihat China menawarkan prospek pembangunan bersama kepada Brunei,” kata Joseph Liow dari S Rajaratnam School of International Studies. – Agensi