Jacinda Ardern Perdana Menteri New Zealand.- foto Agensi

WELLINGTON – Tahap ancaman keselamatan New Zealand telah disemak semula kepada sederhana selepas ia dinaikkan berikutan serangan besar-besaran di Christchurch pada 15 Mac lalu.

Serangan yang berlaku di dua masjid itu telah mengorbankan 50 orang.

“Walaupun tahap ancaman itu telah disemak semula kepada sederhana dan tidak ada agensi bertindak balas terhadap ancaman khusus, rakyat akan terus melihat kehadiran polis di acara-acara awam, termasuk pada Hari ANZAC,” kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam kenyataan .

New Zealand merayakan Hari ANZAC, hari memperingati perang pada 25 April. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast