Seorang kakitangan sedang membuat persediaan terakhir sebelum pilihan raya bagi memilih presiden Indonesia berlangsung pagi ini. foto Agensi

JAKARTA – Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2019 bermula pagi ini.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara presiden Joko Widodo dan bekas jeneral, Prabowo Subianto.

Sebanyak 193 juta penduduk akan mengundi sebaik sahaja 800,000 pusat pengundian dibuka pagi ini.

Pengundian bermula pada pukul 7 pagi Rabu (2300 GMT Selasa) di wilayah paling timur dan pengundian di ibu kota Jakarta bermula dua jam kemudian.

Indonesia mempunyai tiga zon waktu.

Widodo bertanding sekali lagi untuk mempertahankan kedudukannya lima tahun lagi.

Malah, beliau dijangka tidak sukar untuk memenangi Pemilu.

Keputusan Pemilu dijangka diumumkan pada Mei nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast