Tottenham Hotspurs berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah selepas menewaskan Man City 4-4 secara agregat di Etihad pagi tadi.

MANCHESTER – Tottenham Hotspurs melakar sejarah apabila mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali setelah walaupun tewas 3-4 kepada Manchester City awal pagi tadi .

Pada aksi suku akhir di Stadium Etihad yang cukup dramatik, Spurs memusnahkan impian Manchester City untuk mencipta ‘quadruple’ musim ini.

Jaringan Fernando Llorente ketika perlawanan berbaki 17 minit membolehkan kendalian skuad Mauricio Pochettino mengikat Manchester City dengan agregat 4-4 namun Spur mara ke pusingan berikutnya kerana kelebihan gol di tempat lawan.

City nyaris mengecewakan lawannya itu pada saat akhir menerusi jaringan Bernardo Silva namun gol itu tidak dikira selepas dikaji semula meneusi VAR setelah mendapati Sergio Aguero berada pada kedudukan offside.

Spurs akan bertemu Ajax bagi penentuan ke perlawanan akhir. – MalaysiaGazette