KUALA LUMPUR – Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar US hari ini akibat permintaan yang lemah susulan kebimbangan berkaitan kemungkinan penurunan penarafan bon-bon Malaysia oleh penyedia indeks global, FTSE Russell.

Pada 9.09 pagi ini, unit tempatan itu diniagakan pada 4.1400/1440 berbanding dolar US daripada 4.1330/1360 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, walaupun sentimen terhadap ringgit dijejaskan oleh laporan negatif, namun kesannya lebih bersifat sementara berikutan aliran keluar dana asing yang mulai stabil.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0596/0637 daripada 3.0551/0583 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6968/7013 daripada 3.6892/6925.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.3977/4042 daripada 5.3890/3946 dan turun berbanding euro kepada 4.6770/6819 daripada 4.6736/6774. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast