Dua produk jenama Totalife iaitu Totalac dan Phytokleen menerima anugerah pada majlis Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2018 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Totalife (M) Sdn. Bhd., pengeluar produk kesihatan berjenama Totalife terus mengukuhkan kedudukannya di negara ini apabila terus mendapat pengiktarafan menerusi dua produk keluarannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew berkata, produk tersebut adalah Totalac dan Phytokleen menerima anugerah bagi kategori nutrisi suplemen terbaik sempena majlis Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2018.

Beliau berkata, pihaknya tidak menduga meraih anugerah tersebut kerana hanya menghantar dua penyertaan melalui produk tersebut.

“Kami hanya menghantar dua produk kami dan tidak menyangka produk tersebut telah menerima anugerah dalam kategori suplemen nutrisi terbaik.

“Ini membuktikan produk kami bukan calang-calang dan terbaik di antara yang terbaik di Malaysia.

“Tambahan pula barisan juri bukan biasa-biasa dan semuanya sangat arif dalam bidang nutrisi dan suplemen yang kebanyakan terdiri daripada Kementerian Kesihatan.

bb2b621b-11de-41e3-9e5b-6e36b62df6fe
Anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2018 menyasarkan jenama yang telah memberi sumbangan besar kepada industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia.

“Diharap anugerah ini dapat membuka mata masyarakat supaya lebih bijak dalam memilih suplemen kerana ia penting dalam mengamalkan produk terbaik di antara terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Pengasas Totalife, Professor Winston Sun dan Pengurus Besar Totalife International Group, Andy Mai.

Anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2018 oleh Sin Chew Daily and Life Magazines sebagai penghormatan kepada industri kesihatan dinamik.

Majlis tersebut mendapat sokongan kuat daripada Kementerian Kesihatan dan industri secara keseluruhnya yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi pengiktirafan yang terbaik tetapi juga bagi meningkatkan lagi reputasi syarikat secara tidak langsung.

Anugerah yang diberikan turut mensasarkan jenama yang telah memberi sumbangan besar kepada industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia.

Sementara itu, kebaikan produk Phytokleen dapat membantu mengurangkan gula darah, tekanan dalam darah dan kolesterol dalam darah manakala Totalac merupakan susu yang tinggi dengan antibodi, kalsium dan protein dan rendah lemak.

Produk Totalife telah telah berada di negara ini sejak 23 tahun dan sehinga kini syarikat memiliki lebih daripada 10,000 pengedar di seluruh negara. – MalaysiaGazette.