Mohamed Salah
Mohamed Salah

NEW YORK – Majalah Time telah menyenaraikan pemain Liverpool, Mohamed Salah sebagai antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia pada 2019.

Penyerang warga Mesir berusia 26 tahun itu turut dipilih menjadi antara enam wajah kulit muka majalah terbabit sempat berkongsi pandangannya mengenai isu kesamarataan wanita.

Salah tersenarai bersama penyanyi Ariana Grande dan Lady Gaga, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Pakistan dan bekas pemain kriket dunia Imran Khan, pengasas Facebook Mark Zuckerberg dan bekas wanita pertama AS, Michelle Obama.

“Kita perlu mengubah cara melayan wanita dalam budaya kita dan tiada pilihan melakukannya.

“Saya sentiasa menyokong wanita kerana saya rasa mereka layak menerima lebih daripada apa yang diberikan,” katanya kepada Time.

Anugerah yang dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk perintis, artis, pemimpin dan ikon itu meletakkan Salah di dalam kategori titan.

Ahli sukan AS yang turut tersenarai adalah bintang NBA LeBron James, juara terbaru Masters Toger Woods dan pemain bola sepak wanita, Alex Morgan. – MalaysiaGazette