Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menunjukkan buku laporan insiden kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Azizi Shah, Subang pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pengangkutan di MOT, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2019.

PUTRAJAYA – Ketua Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kapten Yahaya Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati tempat duduk pemandu kenderaan pengiring yang dirempuh oleh sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS)  baru-baru ini berada dalam kedudukan baring ke belakang.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pula menjelaskan, penemuan itu tidak boleh disimpulkan bahawa pemandu kenderaan berkenaan, Mohamad Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali telah tertidur semata-mata hanya berdasarkan keadaan tempat tempat duduk pemandu.

“Sehingga laporan lengkap siap kita tidak boleh menuduh mana mana pihak untuk bertanggungjawab dalam insiden ini, namun jika siasatan mendedahkan pihak sebenar di sebalik kemalangan berkenaan, kami pasti akan bertindak tegas ke atas mereka,” kata Anthony.

Anthony dan Yahaya berkata demikian dalam sidang media khas mengenai insiden 18 Mac lalu, yang menyaksikan mangsa cedera parah selepas kenderaan yang dipandu milik MAHB dilanggar pesawat peribadi Berjaya Airlines.

Mangsa meninggal dunia sehari selepas kejadian.

MGF19042019_ANTHONY APC MOT08 (1)
Kapten Datuk Yahya Ibrahim b

Menurut Anthony, laporan awal Lembaga Penyiasat Kemalangan Udara menunjukkan terdapat dua kenderaan kontraktor penyelenggaraan ketika pesawat berkenaan mendarat sebagaimana yang dilaporkan oleh Pusat Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) LTSAAS.

Katanya, berdasarkan laporan tersebut  krew kapal pesawat berkenaan telah memaklumkan “kami telah melanggar sesuatu’ beberapa saat selepas mendarat.

Bagaimanapun, laporan rakaman kokpit pesawat jet peribadi itu mencadangkan pula bahawa krew tidak menyedari bahawa jet itu melanggar kereta Perodua kKmbara yang berada di landasan.

Katanya, pada malam kejadian sekitar 12.50 pagi, petugas shif kedua membenarkan kenderaan kontraktor memasuki landasan untuk kerja penyelenggaraan lampu landasan sebelum satu lagi kenderaan penyelenggaraan dan pengiringnya Mohamad Ruzaimi memasuki landasan untuk kerja mengecat garisan landasan.

Sepanjang proses kerja penyelenggaraan dikendalikan, segala komunikasi antara kenderaann pengiring dan ATC berlaku menerusi walkie Talkie sahaja dan tidak melibatkan kenderaan kontraktor yang dinaiki tiga pekerja, menurut laporan itu.

Kata Anthony lagi, sekitar 2.15 pagi, ATC menerima permintaan kontraktor yang sedang menyelenggara lampu landasan  untuk mengosongkan landasan selepas kerja diselesaikan.

MGF19042019_ANTHONY APC MOT13
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menunjukkan buku laporan kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Azizi Shah, Subang pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pengangkutan di MOT, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2019.

“Petugas ATC merekodkan dalam buku log menara bahawa kerja penyelenggaraan di atas landasan telah selesai dan semua kenderaan telah mengosongkan landasan sedangkan dua kenderaan kontraktor cat garisan lagi diiringi mangsa bersama kontraktor cat masih meneruskan kerja mengecat garisan.

“Kontraktor mengecat garisan tengah landasan di runaway 15 hingga 33 memaklumkan kenderaan pengiring mengekori rapat mereka ketika itu.

“Namun pada satu ketika, mereka menyedari kenderaan pengiring dipandu mangsa ketinggalan di belakang dan statik pada jarak 30 meter,” katanya.

Ketika itu katanya, pesawat Berjaya Air melaporkan kedudukan kepada ATC untuk melakukan pendaratan, sebelum ATC memeriksa sebarang aktiviti abnormal untuk mengindikasikan kehadiran kenderaan atas landasan.

Sambung Anthony lagi, kebenaran mendarat telah diberikan kepada peswat selepas ATC mendapati landasan selamat untuk melakukan pendaratan.

“Ketika pendataran dilakukan, pekerja kontraktor sedar kehadiran pesawat dan segera membawa keluar kenderaan mereka dari landasan.

“Semasa melakukan pusingan 180 darjah mereka sedar kereta pengiring statik pada posisi terakhirnya sebelum menyalakan lampu besar beberapa kali untuk menarik perhatian mangsa yang gagal membalas sebelum perlanggaran itu berlaku,” ujarnya.

Beliau turut mengesahkan dua petugas ATC shif kedua dan ketiga semasa kejadian telah digantung tugas sementara siasatan berlangsung dan dilengkapkan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lagi tempoh penggantungan tersebut. – MalaysiaGazette