Neymar

PARIS – Penyerang sensasi, Neymar kini sudah bersedia kembali kepada selepas tiga bulan berehat, lapor sport.news.am.

Bintang Brazil itu tidak beraksi sejak 23 Januari lalu selepas mengalami kecederaan di kaki kanannya.

Namun pemain berusia 27 tahun itu akan menjalani latihan kecergasan terlebih dahulu tetapi dia dijangka tidak berdepan dengan masalah untuk membuat penampilan semula.

Neymar bakal disenaraikan dalam barisan skuad utama menjelang perlawanan Paris Saint-Germain (PSG) bertemu AS Monaco pada Ahad ini.

Perlawanan tersebut bakal menyaksikan skuad bimbingan Thomas Tuchel menjulang trofi Ligue 1 musim ini.

PSG kini selesa di kedudukan liga dengan 81 mata meninggalkan LOSC di tempat kedua dengan 64 mata.

Kelab itu sebelum ini tewas dalam sua perlawanan liga bertemu Lille dan Nantes tetapi dijangka akan lebih mantap dengan kehadiran dua lagi pemain Marquinhos dan Angel Di Maria.- MalaysiaGazette