Pasukan ATBTR 10 dan keluarga bergambar sebelum berlepas di KLIA, semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan Akademi Tunas Bandar Tun Razak (TBTR) bawah 10 bertekad untuk memburu kejayaan pada kejohanan tujuh sebelah antarabangsa JSSL di Singapura.

ATBTR bawah 10 telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan JSSL kali ini.

“Seramai 12 pemain di bawa kali ini penuh bersemangat dan berdasarkan persiapan rapi yang telah dilakukan, ATBTR 10 mampu untuk membuat kejutan pada kejohanan kali ini,’” kata jurulatih ATBTR 10, Ahmad Izzudin .

Seramai 400 pasukan pelbagai peringkat umur akan bertanding kali ini di Singapura bermula dari 19 April sehingga 21 April 2019.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast