TERKINI : Kerajaan Belum Putuskan Bayar Pampasan Hutan Simpan Jadi Tadahan Air

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat keputusan untuk membayar pampasan kepada mana-mana negeri berhubung pengambilan kawasan hutan simpan dan hutan simpan hidupan liar sebagai kawasan tadahan air.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, mesyuarat kabinet semalam mendapati ada beberapa jalan lain yang boleh dipertimbangkan kerajaan persekutuan selain bayaran pampasan kepada kerajaan negeri.

Ini merangkumi pelan penanaman hutan dan industri perhutanan yang akan diteruskan sebagai salah satu ekonomi baharu.

“Semua negeri mahukan pampasan tetapi kami berminat terhadap program pembalakan baharu

“Saya rasa kerajaan negeri patut mengambil peluang sepenuhnya daripada program ini bagi meningkatkan ekonomi masing-masing dari hasil perhutanan dan pembalakan.

“Ia merupakan model perniagaan yang bagus” katanya kepada pemberita selepas program Hari Bumi @ Taman Tugu di sini hari ini.