TERKINI : “Sultan Johor Tidak Ada Pengaruh Perlantikan Exco Baharu” – Tun M

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak wujud pengaruh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam rombakan kabinet dan pelantikan tiga Exco baharu kerajaan negeri Johor yang mengangkat sumpah hari ini.

Kata Perdana Menteri itu, beliau berasa begitu kerana pelantikan exco baharu berikutan rombakan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang dilantik semalam menerusi keputusan Pakatan Harapan Negeri Johor sepenuhnya.