Shatesh Kumar.
KENYATAAN PENUH AKTIVIS BELIA ISU MATRIKULASI
SETELAH seminggu isu matrikulasi menular di media sosial, akhirnya Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa :
1. Dasar pengambilan Program Matrikulasi KPM pada tahun ini masih mengekalkan 90 peratus tempat kepada Bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan Bumiputera.
2. Menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada 40 ribu tempat, berbanding 25 ribu sebelum ini.
3. Menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang ada pada Program Matrikulasi.
4. Penggunaan premis dan kepakaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menampung pertambahan ini Pertamanya, tahniah kepada PH kerana berjaya menuduk kepada desakan beribu rakyat mengenai isu matrikulasi ini.
Kedua, tahniah kepada Timbalan Ketua Pulau Pinang yang lebih function berbanding empat orang menteri india di kabinet.
Kegagalan mereka bukan sahaja dalam menangani isu matrikulasi tetapi dalam isu-isu kritikal ya g dilalui oleh masyarakat India ( isu IC & Indira Gandhi).
Sebelum ini, saya dan beberapa rakan-rakan saya telah menyuarakan isu mengenai pengambilan pelajar cemerlang ke matrikulasi dengan menggerakkan sebuah petisen yang telah mendapat sokongan dari 35,000 rakyat Malaysia berbilang bangsa.
Ini menunjukkan betapa seriusnya rakyat melihat keperluan dan kepentingan pendidikan buat semua rakyat tanpa mengira bangsa.
Satu perkara yang saya harus gariskan, di mana tidak ada kenyataan atau desakan dibuat oleh kami mengenai kuota Dasar Pengambilan Matrikulasi (90% bumiputera & 10% bukan Bumiputera).
Saya secara peribadinya menyokong dasar asal ini serta menghormati Perkara 153 Perlembangaan Persekutuan. Jika anda seorang patriotik yang sejati, pastinya anda akan mempertahankan kedaulatan negara, undang-undang negara serta perjanjian kesefahaman yang dibuat antara kaum dahulu (kontrak sosial) tetapi bagi konteks isu pengambilan pelajar India ini, kita hanya mendesak kerajaan PH untuk memaklumkan jumlah tawaran yang diberikan dan kuota bagi bangsa India pada tahun ini serta beberapa cadangan seperti meminta meneruskan usaha murni kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak dalam menambah bilangan kerusi dengan mengubah sistem meritokrasi dan meneliti semula kemasukan di peringkat asasi.
Usaha kerajaan dahulu juga dilabel sebagai usaha one off.  Ia jelas bahawa kami tidak langsung menuntut apa-apa mengenai dasar pengambilan matrikulasi (bumiputera dan bukan bumiputera).
Beberapa persoalan timbul selepas membaca kenyataan media dikeluarkan oleh KPM iaitu;
1. Tahun lepas Kerajaan BN telah memberi 2,200 tempat bagi pelajar India. Tetapi tahun ini apabila mengambil kira 10% daripada 40,000 jumlah keseluruhan hanya 4000 tempat diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera.
Jika dibahagi dengan adil dan samarata maka India (2,000) dan Cina (2,000).
Kesimpulannya, BN tetap lebih bagus dalam menguruskan isu pendidikan.
2. Tiada beza dengan penambahan 15,000 tempat baru kerana enrolmen pelajar bukan Bumiputera di matrikulasi pada tahun lepas adalah 4,068 berbanding jumlah tempat tahun ini adalah 4,000.
Maka ini jelas menunjukkan akan berlaku penurunan bagi pelajar Bukan Bumiputera di matrikulasi.
3. Adakah peningkatan 37.5% tempat dapat dirasai oleh semua bangsa?
4. Masih kerajaan dan KPM gagal maklumkan jumlah solid bagi pelajar India.
Okay kita lari sikit dari isu kemasukan matrikulasi. Kerajaan PH terlalu terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak dalam membuat keputusan mengenai isu matrikulasi ini.
Tanpa sedari keputusan menaikkkan jumlah tempat kepada 40,000 di matrikulasi telah menyebabkan masalah kepada universiti serta kemasukan pelajar di peringkat ijazah pada tahun hadapan. Biar stastistik berbicara.
Jumlah kemasukan ke ijazah 2017 : 61,683 anggaran kemasukan untuk tahun hadapan (dengan guna data enrolmen 2017).
Lepasan asasi: 11,821
Lepasan Diploma: 36,086
Lepasan Politeknik: 32,629
Lepasan matrikulasi: 40,000*
Jumlah besar: 120,203 orang  dan adakah kerajaan bakal anak tirikan pelajar atau lepasan STPM?
Di mana pada 2018 sahaja seramai 42,476 orang telah menduduki STPM.
Adakah cukup kuota sedia ada di UA untuk menampung lepasan dari semua peringkat?
Jika kerajaan berhasrat meningkatkan kuota di UA maka akan timbul dua masalah besar yang perlu di atasi iaitu:
i) kekurangan bajet kepada universiti dan
ii) kekurangan kemudahan bilik di kolej kediaman. Adakah disebabkan kekurangan bajet, kita sudah mula merancang untuk menaikkan yuran pengajian di universiti awam?
Penambahan kuota di UA juga akan menyebabkan ramai pelajar dibuang kolej atas alasan sistem merit yang ketat serta pelajar terpaksa menyewa di luar.
Saya berharap agar kerajaan tidak tergopoh-gopoh dalam membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan perkara yang bakal berlaku.
Shatesh Kumar, Sangar Aktivis Belia
ARTIKEL BERKAITAN: