Gambar hiasan

Pada 9.06 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1270/1300 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1300 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, pelabur lebih memilih dolar AS berikutan kenaikan 20 mata asas bagi hasil Perbendaharaan AS 10 tahun sejak empat minggu lalu.

“Malah, kelemahan harga minyak global turut menjejaskan sentimen pasaran terhadap ringgit kerana ini turut memberi impak ke atas hasil minyak dan gas negara,” katanya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent dan AS West Texas Intermediate (WTI) pula masing-masing susut 0.4 peratus kepada AS$74.24 setong dan AS$66.02 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0406/0446 daripada 3.0400/0446 pada penutupan semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6881/6911 daripada 3.6876/6924.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3395/3450 daripada 5.3666/3748 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6293/6330 daripada 4.6431/6491. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast