Pemain pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra mengawal bola sambil diasak pemain Perak, Leandro Dos Santos (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019

KUALA LUMPU – KL pula yang hampir tiga bulan berada di kedudukan tercorot berjaya memintas FELDA United di tangga ke-11 dan berkongsi lapan mata bersama PJ City di tangga ke-10, selepas terikat 3-3 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras,malam tadi. Kuala Lumpur (KL) dan Perak naik satu anak tangga dalam carta Liga Super.

Perak berada di depan seawal minit ketujuh kesilapan pemain pertahanan KL, Zaiful Abdul Hakim selepas hantarannya kurang kemas kepada penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin menerjah ke gawang sendiri.

Penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy gagal menangkap kemas bola sepakan percuma Paulo Josue dan KL bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Indra Putra Mahayuddin yang mudah menolak masuk bola ke gawang Perak.

Sepakan penalti Leandro Dos Santos selepas Gilmar Da Silva meletakkan Perak kembali berada di depan hasil dijatuhkan Zaiful.

KL sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat babak pertama, menerusi Guilherme De Paula yang menyudahkan sepakan penalti selepas dia dikasari Idris Ahmad.

KL terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Luke Zantua dilayangkan kad merah kerana mengasari Shahrel Fikri Fauzi pada minit ke-56.

Turut menimpa Perak tujuh minit selepas itu apabila Nazirul Naim Che Hashim pula diperintah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.

Malang menimpa Perak apabila KL berjaya berada di depan buat kali pertama selepas sepakan percuma Josue gagal diselamatkan Hafizul Hakim pada minit ke-64.

Nor Hakim bagaimanapun muncul penyelamat Perak apabila meledak gol penyamaan buat Bos Gaurus ketika perlawanan berbaki lima minit.

MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK05
Pemain pasukan Perak, Firdaus Saiyadi diasak keras oleh pemain Kuala Lumpur, Zhafri Yahya (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK17
Pemain pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra menampan bola pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK04
Reaksi pemain pasukan Perak, Nor Hakim Hassan gagal menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK13
Penjaga gawang Perak, Hafizul Hakim menumbuk bola keluar pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK08
Pemain pasukan Perak, Leandro Dos Santos meraikan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK10
Pemain pasukan Perak, Leandro Dos Santos meraikan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK16
Pemain pasukan Kuala Lumpur, Paulo Josue (kiri) meraikan jaringan ketiga bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK02
Pasukan Kuala Lumpur bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019
MGF23042019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KLFA VS PERAK01
Pasukan Perak bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2019