KUALA LUMPUR – Isteri pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub selamat bersalin anak perempuan di Hospital Thomson, Kota Damansara, semalam.

Nabil, 36, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berada di sisi isterinya sepanjang pembedahan dijalankan.

Sebelum ini, Nabil dan Zira sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 7, dan Leyla Medyna yang kini berusia empat tahun. – MalaysiaGazette