Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan membidas P. Waythamoorthy berkenaan isu Statut Rom.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menuduh pembangkang menggunakan isu itu untuk memecahbelahkan rakyat.

Sedangkan, katanya, angkara kerajaan sendiri meratifikasikan akta antarabangsa itu tidak diakui.

“Pakatan Harapan (PH) sendiri yang sertai Statut Rom secara senyap tanpa merujuk Raja-Raja Melayu hingga wujud krisis dengan Istana Johor.

“Sekarang salahkan pembangkang?” soalnya merujuk kepada berita Malaysia Gazette hari ini.

Tambah Zahida, rakyat menolak Statut Rom kerana ia tidak memberi manfaat kepada negara.

“Kerana ia akan mengancam institusi beraja di negara kita. Kerajaan PH mesti kembali semula kepada semangat Perlembagaan yang asal.

“Bukan tunduk kepada tiap desakan dan permintaan DAP” tegasnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pembangkang pecah-belah rakyat guna Statut Rom – Waytha Moorthy