Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Exco Armada Nasional, Muzammil Ismail berkata, selaku pewaris sultan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terikat dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan begitu juga dengan raja-raja yang ditabalkan.

Justeru, katanya, semua pihak termasuk raja-raja wajar menghormati keputusan rakyat yang memilih pada setiap pilihan raya.

Sebagai rakyat, katanya, beliau melihat perselisihan antara TMJ dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terheret kepada kepentingan politik sebagai sesuatu yang merungsingkan.

“Institusi Raja adalah pemegang taruh paling berkepentingan untuk menghidupkan demokrasi yang baik negara.

“Justeru itu, memohon kepada TMJ agar memahami dan tidak berterusan prasangka sehingga membuat kenyataan yang boleh mengugat kestabilan politik negara.

“Saya percaya kerajaan dan rakyat hari ini setia mempertahankan institusi beraja tanpa berbelah bagi,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast