TOKYO – Sejumlah 8.46 juta kediaman Jepun masih belum didiami dan syarikat pembinaan terus menambah kediaman-kediaman baharu sedangkan populasi di negara ini semakin berkurangan.
Jumlah iu melonjak sebanyak 260,000 dalam kaji selidik dua dekad yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hari Jumaat, mencapai 13.6 peratus daripada perumahan, laporan Nikkei Asian Report.
Kebanyakan hartanah itu untuk dijual atau disewa atau digunakan untuk percutian pada masa depan.
Walau bagaimanapun, ada yang ditinggalkan, menimbulkan bahaya.
Kadar kekosongan adalah tertinggi di wilayah yang terletak di bahagian utara Gunung Fuji, yang merupakan kawasan popular untuk rumah percutian.
Peningkatan penduduk yang bergerak dari kawasan luar bandar ke kawasan metropolitan juga mendorong kenaikan itu, menurut laporan berita.
Walau bagaimanapun, bilangan rumah kosong mungkin berkurangan di tempat lain.
Kaji selidik pada tahun 2017 menunjukkan kadar kekosongan kira-kira satu-dalam-lima kediaman bandar di China.
Itu diterjemahkan kepada kira-kira 65 juta rumah, menurut laporan media. – MalaysiaGazette