Promosi beli satu percuma satu ke Bali, Indonesia berlangsung sehingga 15 Mei ini.

SHAH ALAM – Berita baik buat mereka yang gemar melancong ke luar negara kerana kini terdapat promosi percutian percuma ke Bali, Indonesia.

Percutian percuma itu ditawarkan oleh Kurma Travel & Tour Sdn. Bhd. (Kurma) bagi mereka yang membeli satu percutian ke pulau pelancongan popular di dunia itu hingga 15 Mei ini.

Pengasas Kurma, Dr Fathir Al-Haddad berkata, promosi percutian itu dengan mendapat satu lagi percutian percuma diadakan sempena majlis ulang tahun syarikat yang kelima pada bulan ini.

“Sejak promosi diperkenalkan, sambutan yang diterima sangat luar biasa kerana lebih 200 percutian telah dibeli orang ramai.

“Mereka hanya perlu membayar RM650 sahaja dan mendapat satu lagi percutian percuma yang meliputi pakej daratan.

“Ramai yang mengambil peluang ini mendapatkan pakej ini kerana ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan hanya memaklumkan kepada kami tarikh penerbangan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

aff5a627-384d-4e8a-8652-3d504de444a3
Pengasas Kurma, Dr Fathir Al-Haddad

Dr Fathir memberitahu, pakej percutian ke Bali itu dikecualikan daripada harga tiket kapal terbang.

Beliau menambah ketika ini, syarikanya turut mengadakan harga promosi bagi percutian ke Istanbul di Turki, Perth di Australia, Krabi di Thailand, Shanghai di China dan Ho Chi Ming di Vietnam.

Kurma ditubuhkan lima tahun lalu dengan teras perniagaan sebagai agensi umrah dengan menyediakan pakej selesa kerana menawarkan jarak antara hotel dan Masjidil Haram yang berdekatan bagi memudahkan para jemaah khususnya warga emas mengerjakan ibadah umrah.

Hotel Al Maqam dan Al Multazem merupakan antara hotel yang menjadi pilihan kerana jarak yang hanya 70 meter dari Masjidil Haram.

Mereka yang berminat mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi yang dianjurkan Kurma boleh menghubungi talian Whatsap di +60143379204. – MalaysiaGazette