Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dinasihat supaya menghentikan konflik antara mereka dan bersatu atas nama kepimpinan Melayu.

Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, selayaknya kedua-duanya – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Ismail Sultan Iskandar menggunakan kedudukan masing-masing dengan sebaiknya secara profesional.

Apa juga krisis di antara mereka, sepatutnya ia tidak dipertontonkan kepada umum dan diselesaikan secara baik kerana ia  memberikan gambaran yang tidak baik kepada rakyat.

“Konflik mereka berdua ini elok dihentikan sebab dua-dua pemimpin satu golongan raja, satu pemimpin kerajaan,jadi dua-dua bertindak selayaknya. Eloklah orang Melayu bersatu kalau berlaga tidak elok.

“TMJ (kelihatan) minatnya kepada politik tinggi (berdasarkan kepada komen-komen) tapi kalau komen-komen berbentuk mengata lebih elok hentikan.

“Ini kerana orang ramai melihat perkembangan ini. Jadi menunjukkan keadaan tidak elok,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika dihubungi hari ini.

MAJLIS PROFESSOR NEGARA / KPT
Profesor Dr Ramlah Adam

 

Dalam masa yang sama, Ramlah tidak menafikan situasi di mana pihak istana kelihatan tidak menyukai Perdana Menteri akan memberi pengaruh tidak baik kepada rakyat khususnya dalam aspek perpecahan Melayu.

“Memang akan ada pengaruh, rakyat boleh buat macam-macam kesimpulan sama ada kepada TMJ dan PM.

“Oleh sebab itu, sebaik-baiknya kedua-dua mereka bawa martabat mereka sebaiknyadan rakyat akan nilai dengan baik,” tambahnya.

Ramlah mengulas tentang tindakan berbalas-balas kenyataan antara anak Sultan Johor itu dengan Dr Mahathir.

Ia bermula apabila TMJ berpendapat lebih baik Perdana Menteri ditukar berbanding jurulatih JDT, Benjamin Mora, seperti yang diminta peminat Southern Tigers sebelum ini.

Kemudian Mahathir ketika diminta memberikan respons mengenainya pula berkata, kedudukan beliau hanya boleh ditentukan oleh rakyat menerusi pemilihan yang demokrasi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast