Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank. Kamarul Ariffin Mohd Jamil (kiri) dan Pengerusi, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin Affin Bank Berhad

KUALA LUMPUR – Affin Bank Bhd. (Affin Bank) menyasarkan pertumbuhan pinjaman di antara tiga hingga empat peratus tahun ini dipacu terutamanya oleh segmen pengguna dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketika ini segmen pengguna menyumbang 50 peratus daripada jumlah portfolio Affin manakala PKS menyumbang lapan peratus manakala bakinya adalah segmen korporat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil, segmen PKS akan ditingkatkan kepada 20 peratus dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang berbanding lapan peratus ketika ini.

Katanya, jumlah sesuai bagi Affin Bank adalah 40 peratus pengguna, 40 peratus korporat dan 20 peratus PKS.

Jumlah portfolio tahunan Affin Bank berjumlah RM45.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast