Pemain Kedah, Jonatan Jesus Bauman (atas) diasak pemain PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie (bawah) pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019

SHAH ALAM – Anak buah Aidil Sharin Sahak hanya memerlukan 12 minit untuk berada di depan menerusi penyerang dari Sepanyol, Fernando Rodriguez yang menyudahkan umpanan Farhan Roslan.

Skuad Helang Merah mengukuhkan kedudukan selepas Jonatan Bauman menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25.

Lima minit kemudian, nasib malang terus menimpa Semut Merah apabila pemain pertahanan Tamirlan Kozubaev dilayangkan kad merah oleh pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin kerana mengasari Farhan.

Seminit sebelum berakhir babak pertama, gawang PKNS bocor lagi selepas Bauman meledak gol kedua peribadinya untuk meletakkan Kedah selesa mendahului 3-0.

PKNS bagaimanapun berjaya merapatkan jurang gol selepas Gabriel Guerra bijak menyudahkan hantaran Romel Morales pada minit ke-64.

Selepas itu, kedua-dua pasukan mendapat beberapa peluang namun gagal disudahkan dengan jaringan sekali gus menyaksikan kedudukan 3-1 memihak Kedah kekal hingga tamat perlawanan dan aksi kedua akan berlangsung di Stadium Darul Aman, 10 Mei ini.

MGF300419_PIALA FA MALAYSIA03
Pemain Kedah, Mohamad Zaquan Adha Abd.Razak (kiri) diasak pemain PKNS FC, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil (kanan) pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019
MGF300419_PIALA FA MALAYSIA08
Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal (tengah) melihat aksi pemainnya pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019
MGF300419_PIALA FA MALAYSIA07
Gelagat pemain Kedah, Fernando Rodriguez Ortega semasa meraikan jaringan pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019
MGF300419_PIALA FA MALAYSIA09
Pemain Kedah, Jonatan Jesus Bauman (kiri) diasak pemain PKNS FC, Nicholas Ryan Swirad (kanan) pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019
MGF300419_PIALA FA MALAYSIA15
Pemain Kedah, Renan Da Silva Alves (kanan) mengasak pemain PKNS FC, Gabriel Miguel Guerra (kiri) pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019
MGF300419_PIALA FA MALAYSIA01
Pasukan Kedah bergambar pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019
MGF300419_PIALA FA MALAYSIA02
Pasukan PKNS FC bergambar pada perlawanan Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019