Pemain Kuala Lumpur, IRyutaro Karube (kiri) cuba menanduk bola sambil diasak pemain Felda United, Kei Ikeda pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Memilih jalan berliku buat pasukan Kuala Lumpur dalam usaha merebut tiket ke separuh akhir Piala FA 2019 apabila terikat 3-3 menentang FELDA United pada aksi suku akhir pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sekalipun terikat, skuad The Fighters dilihat memiliki peluang cerah ke separuh akhir dan berbekalkan tiga gol di tempat lawan, mereka hanya perlu sekurang-kurangnya seri tanpa jaringan pada aksi kedua nanti untuk meneruskan kemaraan ke kelompok empat pasukan terbaik.

Kedua-dua pasukan beroleh beberapa peluang untuk mendahului perlawanan pada 20 minit pertama namun gagal merobek gawang selepas percubaan tersasar dan diselamatkan oleh penjaga gol.

Bagaimanapun, FELDA United akhirnya membuka jaringan selepas Abdul Azim Rahim menyambut percubaan Christie Jayaseelan yang terkena tiang pada minit ke-22 namun Indra Putra Mahayuddin berjaya mengikat kedudukan menerusi satu rembatan deras pada minit ke-40.

Kuala Lumpur akhirnya ‘bernafas’ pada babak kedua bersambung, apabila mendahului permainan selepas Indra Putra menanduk masuk hantaran lintang Ashri untuk gol keduanya pada minit ke-53.

Kegembiraan Kuala Lumpur tidak kekal lama apabila Abdul Azim menambah koleksi golnya menerusi tandukan yang menewaskan Sharbinee buat kali kedua untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-59.

Kuala Lumpur terus malang apabila FELDA United memperolehi gol ketiga menerusi hantaran S Chanturu yang disudahkan Jocinei Schad pada minit ke-74 namun tuan rumah memberikan reaksi pantas apabila menghasilkan gol penyamaan sumbangan Paulo Josue lima minit berselang.

MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED06
Penjaga gawang pasukan Felda United, Norazlan Razali gagal menyelamatkan percubaan pemain Kuala Lumpur, Indra Putra pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED03
Pasukan Felda United, Azim Rahim meraikan jaringan pertama pasukan pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED04
Pemain Kuala Lumpur, De Paula (kanan) cuba merampas bola sambil dihalang pemain Felda United, JAsazrin Jamaludin pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED05
Pemain Kuala Lumpur, Indra Putra mengawal bola melepasi pemain Felda United, Masaki Watanabe (kiri) pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED08
Pemain Kuala Lumpur, Indra Putra meraikan jaringan pertama pasukan pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED10
Pemain Kuala Lumpur, Indra Putra meraikan jaringan kedua pasukan bersama De Paula (kanan) pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED11
Pemain Kuala Lumpur, Indra Putra (tengah) meraikan jaringan kedua pasukan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED17
Pemain Kuala Lumpur, Paulo Josue (kiri) diasak keras pemain Felda Untied, Masaki Watanabe pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED18
Pemain Kuala Lumpur, Paulo Josue meraikan jaringan ketiga pasukan pada perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED02
Pasukan Kuala Lumpur bergambar sebelum memulakan perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019
MGF30042019_PIALA FA MALAYSIA KLFA VS FELDA UNITED01
Pasukan Felda United bergambar sebelum memulakan perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Suku Akhir pusingan pertama diantara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2019